Surah Yusuf-j12h239

Halaman 239

Tarjuman
Bahasa Melayu

31. Maka apabila dia (Zulaikha) mendengar cacian mereka, dia pun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka, serta memberi kepada setiap seorang antara mereka sebilah pisau dan pada ketika itu berkatalah dia (kepada Nabi Yusuf), “Keluarlah ke hadapan mereka.” Apabila mereka melihatnya, mereka tercengang melihat keindahan rupa parasnya dan tanpa disedari mereka telah melukakan tangan mereka sambil berkata, “Maha Suci Allah! Ini bukanlah manusia, ini tidak lain hanyalah malaikat yang mulia!”

32. (Zulaikha) berkata, “Inilah orangnya yang kamu tempelak aku mengenainya! Sebenarnya aku telah menggodanya kerana berkehendakkan dirinya tetapi dia menolak (kerana berpegang teguh kepada kesuciannya). Sesungguhnya jika dia tidak mahu melakukan apa yang aku suruh, tentulah dia akan dipenjarakan dan menjadi orang yang hina.”

33. (Nabi Yusuf) berkata, “Wahai Tuhanku! Aku lebih suka dipenjara daripada apa yang mereka ajak aku kepadanya. Jika Engkau tidak menjauhkan tipu daya mereka daripadaku mungkin aku akan cenderung kepada mereka dan aku akan tergolong dalam kalangan orang yang jahil.”

34. Maka Tuhannya memperkenankan doanya, lalu dijauhkan daripadanya tipu daya mereka, sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

35. Kemudian timbul dalam fikiran suami perempuan itu serta orangnya setelah mereka nampak tanda-tanda bahawa mereka perlu memenjarakannya hingga ke suatu masa (supaya orang ramai berhenti membicarakan isu tersebut).

36. Kemudian masuklah bersama-samanya ke dalam penjara dua orang pemuda. Salah seorang antaranya berkata, “Sesungguhnya aku bermimpi melihat diriku memerah anggur,” dan berkata pula seorang lagi, “Sesungguhnya aku bermimpi melihat diriku menjunjung roti atas kepalaku yang sebahagiannya dimakan oleh burung. Terangkanlah kepada kami akan ta’birnya. Sesungguhnya kami memandangmu daripada orang yang pandai (mentafsir mimpi).”

37. (Nabi Yusuf) menjawab, “Tidak datang kepada kamu sesuatu makanan yang diberikan kepada kamu melainkan aku juga dapat memberitahu kepada kamu akan nama dan jenisnya sebelum ia dibawa kepada kamu. Yang demikian itu ialah sebahagian daripada apa yang diajarkan kepadaku oleh Tuhanku. (Dengan sebab itu) aku meninggalkan agama kaum yang tidak beriman kepada Allah serta yang ingkar adanya hari akhirat.”

English

31. So when she heard of their sly talk, she sent for them and prepared for them a repast, and she provided each one of them with a knife, and said: “(Yusuf) come out before them.” And when they saw him, they were
greatly amazed at his beauty, and they cut their hands, and said: “Allah forbid, this is not a human being. He is nothing but a noble angel.”

32. She said: “He is the one with regard to whom you blamed me, and most surely I sought to seduce him, but he protected himself. And if he does not do what I command him, surely he shall be put in prison and he shall be of the dishonoured ones.”

33. He said: “My Lord! Prison is dearer to me than that to which they call me to. Unless You turn away from me their plot, I will be attracted to them and be of those who are ignorant.

34. So Allah accepted his prayer and turned away from him their plot. Surely He is the All-Hearing, the All-Knowing.

35. Then it appeared to them after they had seen the signs that they should put him in prison for a time.

36. And two young men entered the prison with him. One of them said: “I see myself (in a dream) pressing wine.” And the other said: “I see (in a dream) myself carrying bread on my head and birds are eating from it.” (They said): “Inform us of the interpretation of this. Surely we see you one of the doers of good.”

37. He said: “They will not bring to you the food with which they feed you,
but I shall have finished telling you its interpretation before they bring it to
you. This is so because of what my Lord has taught me. I have given up the faith of a people who do not believe in Allah, and they are the people who disbelieve in the Hereafter.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi