Surah Taha-j16h319

Halaman 319

Tarjuman
Bahasa Melayu

99. Demikianlah Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) sebahagian daripada kisah-kisah umat manusia yang telah lalu. Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu daripada Kami suatu peringatan.

100. Sesiapa yang berpaling daripada al-Quran, maka sesungguhnya dia pada hari kiamat akan menanggung beban yang berat (dosa yang besar).

101. Mereka kekal menanggung azab dosa dan amatlah buruk tanggungan bagi mereka pada hari kiamat.

102. (laitu) pada hari ditiup sangkakala dan Kami akan himpunkan pada hari itu orang yang berdosa dalam keadaan muka yang kebiruan (kehinaan).

103. Mereka berbisik-bisik sesama sendiri, “Kamu tidak berdiam melainkan hanya sepuluh (hari) sahaja.”

104. Kami lebih mengetahui akan apa yang mereka katakan itu, manakala orang yang tepat pendapatnya antara mereka berkata pula, “Kamu tidak tinggal diam melainkan dalam satu masa yang amat singkat.”

105. Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hal gunung-ganang, maka jawablah, “Tuhanku akan menghancurkannya menjadi debu ditiup angin,”

106. “Lalu Dia membiarkan tapak gunung-ganang itu rata lagi licin.”

107. “Engkau tidak akan melihat pada tapaknya itu tempat yang rendah atau yang tinggi.”

108. Pada hari itu mereka menurut panggilan yang menyeru mereka dengan tidak dapat mengelak daripada menurutnya dan menjadi sepi segala suara kepada Allah Yang Maha Pemurah sehingga engkau tidak mendengar melainkan bisikan sahaja.

109. Pada hari itu, tidak berfaedah segala syafaat kecuali daripada orang yang diizinkan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan kepada orang yang diredai perkataannya.

110. Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka (akhirat) dan apa yang di belakang mereka (dunia), sedangkan mereka tidak mengetahuinya secara menyeluruh.

111. Dan segala muka akan tunduk dengan hina kepada Allah Yang Tetap Hidup lagi Yang Kekal Mentadbir makhluk selama-lamanya dan sesungguhnya telah rugi serta hampalah orang yang menanggung dosa kezaliman.

112. Dan sesiapa yang mengerjakan sebarang amalan soleh, sedangkan dia beriman, maka tidaklah dia berasa takut dianiaya atau dikurangkan sedikit pun daripada pahalanya,

113. Dan demikianlah Kami telah menurunkan al-Quran sebagai bacaan dalam bahasa Arab dan Kami telah terangkan dalamnya berbagai-bagai amaran supaya mereka bertakwa atau mereka mendapat daripadanya suatu peringatan.

English

99. Thus do We relate to you the news of what has gone before, and We have surely given you a reminder from Ourselves. 

100. He who turns away from it, he will bear (his) burden on the Day of Resurrection. 

101. They will abide therein, and evil will the burden be to them on the Day of Resurrection. 

102. The Day the Trumpet will be blown, and We will assemble the sinners on that Day with their dimmed (lit. made blue).

103. They will whisper to one another: “You stayed no longer than ten (days).” 

104. We know best what they say, when the best among them in knowledge will say: “You stayed no longer than a day.” 

105. And they ask you about the mountains, say: “My Lord will scatter them a complete scattering.” 

106. Then He will leave them like a plain desert, 

107. You will not see a bend therein nor a hillock. 

108. The Day when they will follow the caller from which there will be no escape, and all sounds will be hushed before the Most Gracious, and you would not hear but faint whispers. 

109. On that Day no intercession shall be of any avail except in the case of one whom the Most Gracious allows, and whose word He approves. 

110. He knows what is before them and what is behind them, but they cannot encompass the same with (their) knowledge. 

111. And humbled shall be (all) faces before the Ever-Living, Self-Subsisting. And ruined shall be he who bears wrong. 

112. But he who does righteous deeds provided he is a believer, shall not then fear either wrong or loss. 

113. And thus have We sent down an Arabic Qur’an, and explained therein in various ways, some of the things they are threatened with, in order that they may fear Allah, or that it may initiate a remembrance in their mind. 

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi