Halaman 231
Tarjuman
Bahasa Melayu
82. Maka apabila datang perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum (Nabi Lut) itu tunggang terbalik dan Kami hujaninya dengan batu-batu dari tanah liat yang dibakar dengan api secara bertalu-talu.
83. Batu-batu itu bertanda (dengan nama orang yang ditimpakan itu) di sisi Tuhanmu dan ia pula tidaklah jauh daripada orang yang zalim itu.
84. Kepada penduduk Madyan (Kami utuskan) saudara mereka, (Nabi) Syu’aib. Dia berkata, “Wahai kaumku! Sembahlah Allah! Tiada Tuhan bagi kamu selain daripada-Nya. Janganlah kamu mengurangi sukatan dan timbangan. Sesungguhnya aku melihat kamu berada dalam kemewahan dan sesungguhnya aku bimbang kamu akan ditimpa azab pada hari yang membinasakan (hari kiamat).”
85. “Dan wahai kaumku! Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan adil. Janganlah kamu mengurangi hak-hak manusia dan janganlah kamu berbuat jahat di muka bumi dengan melakukan kerosakan.”
86. “Baki rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu (berupa keuntungan yang halal selepas memenuhi hak orang lain secara adil) lebih baik bagi kamu jika benar kamu orang yang beriman. Aku bukanlah orang yang mengawasi perbuatan kamu.”
87. Mereka berkata, “Wahai Syu’aib! Adakah solatmu menyuruh kamu agar kami meninggalkan apa yang disembah oleh nenek moyang kami, atau supaya kami tinggalkan apa yang kami suka lakukan dalam menguruskan harta kami? Sesungguhnya engkau adalah orang yang penyabar lagi cerdik.”
88. (Nabi Syu’aib) berkata, “Wahai kaumku! Apa pandangan kamu sekiranya aku datangkan bukti yang nyata daripada Tuhanku dan Dia pula mengurniai aku rezeki yang baik? Aku tidak bertujuan semata-mata hendak menyalahi kamu (dengan melakukan) apa yang aku larang. Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku. Tidaklah aku beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepada-Nyalah aku kembali (dengan bertaubat).”
English
82. So when Our command came, We turned (their place) upside down, and We rained upon them stones of baked clay, layer upon layer.
83. Marked by your Lord and they are never far off from the wrongdoers.
84. And to Madyan (We sent) their brother Shu‘ayb. He said: “O my people! Worship Allah, you have no god other than Him. And do not give short measure or weight. Surely I see you wealthy, and surely I fear for you the torment of an encompassing Day.
85. And O my people! Give full measure, and (full) weight in justice, and defraud not men of their goods, and act not corruptly in the land, doing evil.
86. What rests with Allah is better for you, if you are believers, and I am not a guardian over you.”
87. They said: “O Shu‘ayb! Does your prayer command you that we leave what our fathers worshipped, or that we leave off doing what we like with our property? Surely you are the very forbearing, the right-minded!”
88. He said: “O my people! Tell me, if I have a clear proof from my Lord, and He has provided me with a goodly provision from Him (should I corrupt it)? And I do not desire to compete with you in doing that which
I forbid you to do. I only desire to set things right as far as I can. And the measure of my success depends on Allah alone. In Him do I trust, and to Him do I turn.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

