Halaman 64
Tarjuman
Bahasa Melayu
109. Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.
110. Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka orang yang fasik.
111. Mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) sekali-kali tidak akan dapat memudaratkan kamu, kecuali menyakiti (perasaan kamu dengan ejek-ejekan dan tuduh-tuduhan yang tidak berasas). Jika mereka memerangi kamu, mereka akan berpaling lari membelakangkan kamu (kalah dengan sehina-hinanya), sesudah itu mereka tidak akan mencapai kemenangan.
112. Mereka ditimpakan kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada ‘tali’ daripada Allah (agama Allah) dan ‘tali’ daripada manusia (berpegang janji dengan manusia), dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan daripada Allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan. Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur kepada ayat-ayat Allah dan mereka membunuh nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa melampaui batas.
113. Mereka itu tidaklah sama. Antara Ahli Kitab itu ada golongan yang bersikap jujur (berpegang kepada agama Allah yang benar), mereka membaca ayat-ayat Allah (al-Quran) pada waktu malam, sedangkan mereka bersujud (mengerjakan solat).
114. Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta mereka pula berlumba-lumba pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah daripada orang yang soleh.
115. Apa sahaja kebaikan yang mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali akan diingkari (atau disekat daripada mendapat pahalanya). (Ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan keadaan orang yang bertakwa.
English
109. And to Allah belongs whatever is in the heavens and whatever is on the earth, and to Allah is the return of all affairs.
110. You are the best of peoples ever raised up for mankind (for) you enjoin what is right and forbid what is wrong and you believe in Allah. And if the People of the Book had (also) believed, surely it would have been better for them! Among them (some) are believers but the majority of them are disobedient.
111. They can never harm you, except (causing you) some annoyance, and if they fight against you, they will turn their backs on you, then they will not be helped.
112. Degradation is their lot wherever they are found, except when under a covenant (of protection) from Allah, and from men, and they have earned the wrath of Allah and humiliation is their lot. This is so because
they disbelieved in the signs of Allah, and killed the Prophets unjustly. This is so because they disobeyed and exceeded the limit.
113. They are not all the same, among the People of the Book, there is a community standing upright, they recite the verses of Allah during the hours of the night, and prostrating themselves in prayer.
114. They believe in Allah and the Last Day, and they bid (people) doing good, and forbid (them) doing wrong, and they emulate in doing good, and they are among the righteous.
115. And whatever good they do, nothing will be rejected of them. And
Allah knows the pious.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul


