Halaman 55
Tarjuman
Bahasa Melayu
38. Di sanalah (Nabi) Zakaria berdoa kepada Tuhannya. Dia (Nabi Zakaria) berkata, “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi- Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (dan mengabulkan) doa permohonan.”
39. Lalu baginda diseru oleh malaikat (Jibril) ketika baginda sedang berdiri mengerjakan solat di mihrab, (katanya), “Sesungguhnya Allah memberikan khabar yang menggembirakanmu dengan (berita kelahiran seorang anak lelaki bernama) Yahya yang akan membenarkan kalimah yang datang daripada Allah (mengenai penciptaan Nabi ‘Isa), yang akan menjadi ikutan (teladan) dan juga mampu menahan hawa nafsu serta akan menjadi seorang nabi dari kalangan orang yang soleh.”
40. (Nabi Zakaria) berkata, “Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, sedangkan aku sudah sangat tua dan isteriku pula seorang yang mandul?” Allah berfirman, “Demikianlah keadaannya, Allah melakukan apa yang Dia kehendaki.”
41. (Nabi Zakaria) berkata (lagi), “Wahai Tuhanku! Berilah aku satu tanda (yang menunjukkan isteriku hamil).” Allah berfirman, “Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berbicara dengan manusia selama tiga hari (tiga malam) melainkan dengan isyarat sahaja dan ingatlah kepada Tuhanmu (dengan berzikir) sebanyak-banyaknya serta bertasbihlah (dengan mengerjakan solat) pada waktu petang dan pada waktu pagi.”
42. (Ingatlah wahai Muhammad) ketika Malaikat (Jibril) berkata, “Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu, menyucikanmu dan telah memilihmu (beroleh kemuliaan) melebihi segala wanita di dunia.”
43. “Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu, sujud dan rukuklah (mengerjakan solat) bersama-sama orang yang rukuk”.
44. Peristiwa yang demikian adalah sebahagian daripada berita-berita ghaib yang Kami wahyukannya kepada engkau (wahai Muhammad), sedangkan engkau tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan pena-pena (atau anak-anak panah) masing-masing (ke dalam air untuk mengundi) siapakah antara mereka yang akan memelihara Maryam. Engkau juga (wahai Muhammad) tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka berbalah (tentang perkara yang berkaitan dengan penjagaan Maryam).
45. (Ingatlah) ketika Malaikat (Jibril) berkata, “Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah menyampaikan khabar yang menggembirakanmu, dengan (kelahiran seorang anak yang diciptakan dengan) satu kalimah daripada Allah namanya al-Masih ‘Isa putera Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, serta dia juga termasuk daripada orang yang didekatkan (diberi kemuliaan di sisi Allah).”
English
38. Then in that very place Zakariyya (Zachariah) invoked his Lord, he said: “My Lord! Grant me from You a pure offspring, for You are indeed, the Hearer of prayer.”
39. Then the angels called out to him as he was standing up in prayer in that chamber, “Surely Allah gives you glad tidings of Yahya (John), confirming the word from Allah, and a leader, and a chaste man and a Prophet from among the righteous.”
40. He said: “My Lord, how can I have a son as I have already reached my old age and my wife is barren?” He said: “Just so, your Lord does what He wills.”
41. He said: “My Lord! Make a sign for me.” He said: “Your sign is that you shall not speak to people for three days except by signals. And remember your Lord much, and glorify Him with praises in the evening and in the
morning.”
42. And when the angels said: “O Maryam (Mary), surely Allah has chosen you, and purified you, and chosen you above the women of the world.
43. O Maryam! Be devout to your Lord, and prostrate and bow with those who bow.”
44. These are some of the unseen news We reveal to you, and you (O Muhammad!) were not with them when they cast their pens (to decide) about who among them should be in charge of Maryam, and you were not with them when they disputed.
45. When the angels said: “O Maryam (Mary), surely Allah gives you glad tidings of a Word from Him, his name is Messiah, ‘Isa, son of Maryam, of great dignity in the world and the Hereafter, and he will be of those who are near (to Allah).
Mandarin

Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
