Surah Al-Syu’ara’-j19h368

Halaman 368

Tarjuman
Bahasa Melayu

20. (Nabi) Musa berkata, “Aku melakukan perbuatan yang demikian, sedangkan aku ketika itu termasuk daripada orang yang belum mendapat petunjuk,”

21. “Lalu aku melarikan diri daripada kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu, kemudian Tuhanku mengurniakan aku ilmu pengetahuan agama, serta menjadikan aku seorang daripada rasul-rasul-Nya.”

22. “Dan budi yang engkau limpahkan kepadaku itu adalah kerana engkau telah bertindak memperhambakan kaum Bani Israel.”

23. Firaun berkata (dengan sombong), “Siapakah Tuhan sekalian alam?”

24. Musa menjawab, “(Dia-lah) Tuhan yang memiliki dan mentadbir langit dan bumi serta segala yang ada di antara kedua-duanya. (Itulah Tuhanmu) jika kamu sekalian termasuk orang yang meyakini-Nya.”

25. Firaun berkata kepada orang yang ada di sekelilingnya, “Tidakkah kamu dengar (apa yang dikatakan olehnya)?”

26. Musa menegaskan lagi, “(Dia-lah) Tuhan (yang memiliki dan memelihara) kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu.”

27. Firaun berkata (kepada orangnya), “Sebenarnya Rasul yang diutus kepada kamu ini benar-benar seorang gila.”

28. Musa berkata, “(Dia-lah) Tuhan yang (memiliki dan menguasai) timur dan barat serta segala yang ada di antara kedua-duanya jika kamu orang yang berakal (tentulah memahaminya).”

29. Firaun berkata, “Sesungguhnya jika engkau menyembah Tuhan selain aku, sudah tentu aku akan menjadikan engkau daripada orang yang dipenjarakan.”

30. Musa menjawab, “Adakah (engkau akan memenjarakan aku juga) walaupun aku membawa kepada engkau suatu bukti yang nyata?”

31. Firaun berkata, “(Kalau demikian), bawalah bukti itu jika engkau sememangnya daripada orang yang benar.”

32. Musa pun melemparkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang nyata.

33. Dan dia mengeluarkan tangannya, maka tiba-tiba tangannya menjadi putih (bersinar-sinar) bagi orang yang melihatnya.

34. Firaun berkata kepada pembesar-pembesar kaum yang ada dikelilingnya, “Sesungguhnya orang ini (Musa) ialah seorang ahli sihir yang mahir”

35. “Dia bertujuan hendak menghalau kamu dari negeri kamu dengan sihirnya, maka apa yang kamu syorkan?”

36. Mereka berkata, “Tangguhkanlah dahulu (sebarang tindakan) terhadapnya dan terhadap saudaranya, serta hantarkanlah ke bandar-bandar (negeri Mesir) orang yang mengumpulkan (ahli-ahli sihir),”

37. “Supaya mereka membawa kepadamu segala ahli sihir yang mahir.”

38. Lalu dikumpulkanlah ahli-ahli sihir itu pada satu masa yang ditentukan, iaitu pada hari (perayaan) yang sedia maklum.

39. Dan dikatakan kepada orang ramai, “Berkumpullah kamu semuanya,”

English

20. (Musa) said: “I did that when I was astray.

21. So I fled from you when I feared you, but my Lord has (since) granted me wisdom, and made me one of the Messengers. 

22. And do you mention this favour against me to (justify) the enslaving of the Children of Isra’il?”

23. Pharaoh said: “And what is the Lord of the worlds?” 

24. (Musa) said: “The Lord of the heavens and the earth, and what is between them, if you seek to be convinced.” 

25. (Pharaoh) said to those around him: “Did you hear this?” 

26. (Musa) said: “Your Lord and the Lord of your fathers of old.” 

27. (Pharaoh) said: “Most surely your Messenger who has been sent to you is a mad man.” 

28. (Musa) said: “The Lord of the east and the west, and what is between them, if you understand.” 

29. (Pharaoh) said: “If you take any god other than me, I will surely place you among the prisoners.” 

30. (Musa) said: “What if I bring you something convincing?” 

31. (Pharaoh) said: “Bring it then, if you are of the truthful.” 

32. So he threw down his stick, and behold! It was (really) a serpent. 

33. And he drew out his hand, and behold! It was white to the beholders.

34. (Pharaoh) said to the chiefs around him: “Most surely this (fellow) is an expert sorcerer, 

35. He intends to turn you out from your land by his sorcery, then what do you suggest?”

36. They (the counsel) said: “Put him off and his brother, and dispatch callers in all the cities, 

37. They will bring to you all the expert sorcerers.” 

38. So the sorcerers were gathered together at the appointed time on a fixed day. 

39. And it was said to the people: “Will you also gather together? 

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi