Halaman 86
Tarjuman
Bahasa Melayu
45. Allah lebih mengetahui mengenai musuh-musuh kamu. Dan cukuplah Allah sebagai Pelindung dan cukuplah Allah sebagai Penolong (yang menyelamatkan kamu daripada angkara mereka).
46. laitu ada dalam kalangan orang Yahudi yang mengubah kalam Allah (isi Kitab Taurat), daripada tempat-tempatnya atau maksudnya yang sebenar dan berkata (kepada Nabi Muhammad), “Kami dengar, tetapi kami tidak akan menurutnya.” (Mereka juga berkata), “Dengarlah” padahal tidak ada yang didengar. (Mereka juga berkata), ‘Ra’ina’ (yang bermaksud ‘perhatikan kami’) dengan bertujuan memutarbelitkan perkataan mereka untuk mencela agama Islam. Dan sekiranya mereka berkata, “Kami dengar dan kami taat, serta dengarlah dan berilah perhatian kepada kami,” tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih tepat, tetapi Allah melaknat mereka disebabkan kekufuran mereka. Maka, mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (dalam kalangan mereka).
47. Wahai orang yang telah diberikan Kitab, berimanlah kepada apa yang telah Kami turunkan (al-Quran) yang mengesahkan Kitab yang ada pada kamu, sebelum Kami mengubah bentuk muka kamu (sehingga berubah menjadi rata, tidak bermulut, berhidung dan bermata), lalu Kami menjadikannya sama seperti rupa sebelah belakang, atau Kami melaknat mereka sebagaimana Kami telah melaknat golongan Ashab al-Sabt (kaum Yahudi yang melanggar larangan bekerja pada hari Sabtu). Dan (ingatlah) ketetapan Allah itu pasti berlaku.
48. Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik (mempersekutu kan-Nya dengan sesuatu pun) dan akan mengampuni dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar.
49. Tidakkah engkau perhatikan (wahai Muhammad) orang yang mendakwa diri mereka suci (daripada dosa)? Sebenarnya Allah jualah yang berhak membersihkan (memuji) sesiapa yang dikehendaki-Nya dan mereka pula tidak akan dianiaya sedikit pun (atau dikurangkan balasan mereka).
50. Perhatikanlah (wahai Muhammad) betapa beraninya mereka mengada-adakan pendustaan terhadap Allah? Cukuplah perbuatan itu menjadi dosa yang nyata (bagi mereka).
51. Tidakkah engkau perhatikan (wahai Muhammad) orang yang telah diberikan bahagian daripada Kitab (Taurat)? Mereka percaya kepada Jibti dan Taghut (sembahan orang kafir Quraisy) dan mereka berkata kepada orang kafir (orang musyrik di Makkah) bahawa mereka (kaum musyrik) itu lebih benar jalan agamanya daripada orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad).
English
45. And Allah knows best about your enemies. And Allah is a sufficient Guardian, and Allah is a sufficient Helper.
46. There are some of the Jews who displace words from their places and say: “We hear and we disobey and hear, may not be made to heart! And Ra’ina, twisting their tongues (in pronouncing the word) and reviling religion,” but if they had said: “We hear and we obey, and hear and ‘Unzurna (attend to us)”, It would have been better for them and more upright. But Allah has cursed them because of their disbelief, so, except a few of them, they will not believe.
47. O people of the Book! Believe in what We have sent down, confirming that which is with you before We change your faces (whole beings) and turn them on their backs, or We curse them as We cursed the companions of the Sabbath. And Allah’s decree is bound to be carried out.
48. Surely, Allah will not forgive that a partner be associated with Him, but besides that, He forgives whom He wills. And he who associates partners with Allah, he then surely has invented a great sin.
49. Have you not considered those who declare themselves to be pure? No, it is Allah who purifies whom He wills, and they will not be wronged even by the width of the thread of a date stone.
50. Behold, how they forge the lie against Allah, and this is sufficient (for them) as a clear sin.
51. Have you not considered those who have been given a portion of the Book? They believe in idols and false gods, and they say in favour of those who disbelieve: “These are better guided in the (right) way than the (true) believers.”
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul


