Halaman 114
Tarjuman
Bahasa Melayu
37. Mereka (sentiasa berharap) hendak keluar daripada api neraka itu, sedangkan mereka tidak sekali-kali akan dapat keluar daripadanya. Dan bagi mereka azab yang kekal (berterusan).
38. Dan lelaki yang mencuri dan wanita yang mencuri, maka potonglah (pergelangan) tangan (kanan) mereka sebagai satu pembalasan terhadap apa yang mereka telah kerjakan dan sebagai seksaan daripada Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
39. Tetapi sesiapa yang bertaubat sesudah dia melakukan kezaliman itu dan memperbaiki dirinya (serta dimaafkan oleh empunya hak sebelum dibawa ke pengadilan), maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
40. Tidakkah engkau mengetahui bahawa Allah menguasai pemerintahan langit dan bumi? Dia menyeksa sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya dan mengampuni sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Dan (ingatlah) Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.
41. Wahai Rasul! Janganlah engkau bersedih hati disebabkan orang yang segera melakukan kekufuran, iaitu orang yang berkata dengan mulutnya, “Kami telah beriman,” padahal hatinya tidak beriman. Demikian juga dalam kalangan orang Yahudi, mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain yang tidak pernah datang menemuimu, mereka ini mengubah serta meminda perkataan-perkataan (dalam Kitab Taurat) itu daripada tempat-tempatnya yang sebenar (menggantikannya dengan sesuatu yang lain). Mereka berkata, “Jika disampaikan kepada kamu hukum seperti ini maka terimalah dan jika tidak disampaikannya kepada kamu, maka berwaspadalah.” Dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apa pun (yang datang) daripada Allah untuknya. Mereka ialah orang yang Allah tidak mahu menyucikan hati mereka, bagi mereka kehinaan di dunia dan di akhirat kelak mereka beroleh azab yang besar.
English
37. They would wish to come out of the Fire, but they will never come out from it, and for them is a lasting punishment.
38. And as for the male thief and the female thief, cut off their hands, as a recompense for what they have earned, as a deterrent punishment from Allah, and Allah is All-Mighty, All-Wise.
39. But whoever repents after his wrongdoing, and reforms, then surely Allah turns to him, for Allah is indeed Often Forgiving, Most Merciful.
40. Do you not know that surely to Allah belongs the kingdom of the heavens and the earth, He punishes whom He wills, and He forgives whom He wills. For Allah has power over all things.
41. O Messenger! Let not they who rush together into disbelief grieve you, namely those who say with their mouths: “We believe,” but their hearts believe not, and of the Jews (they are) spies bent on lying, spies on behalf of another people who come not to you. They change the words after these have been put in their proper order, (and) they say: “If you are given such and such, accept it, but if you are not given it, be careful.” And he whom Allah intends (to remain in) his temptation you
cannot, then, avail him against Allah. These are they whose hearts Allah does not intend to purify. For them is a disgrace in this world and for them, in the Hereafter is a great torment.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

