Surah Al-Hijr-j14h265

Halaman 265

Tarjuman
Bahasa Melayu

52. Semasa mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata, “Selamat sejahtera kepadamu!” Dia (Nabi Ibrahim) berkata, “Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu.”

53. Mereka menjawab, “Janganlah engkau takut, sebenarnya kami membawa berita gembira bahawa engkau akan beroleh seorang anak lelaki yang bakal menjadi seorang yang berilmu.”

54. Dia (Nabi Ibrahim) berkata, “Betulkah kamu menggembirakan aku padahal aku telah tua, maka apakah cara kamu menggembirakan aku?”

55. Mereka menjawab, “Kami menggembirakanmu dengan cara yang benar, maka janganlah engkau menjadi orang yang berputus asa.”

56. Dia (Nabi Ibrahim) berkata, “Tidak ada sesiapa yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya melainkan orang yang sesat.”

57. Dia (Nabi Ibrahim) bertanya pula, “Apakah hal kamu wahai utusan Tuhan?”

58. Mereka menjawab, “Kami diutus kepada suatu kaum yang berdosa (untuk membinasakan mereka).”

59. “Melainkan pengikut (Nabi) Lut, sesungguhnya kami akan menyelamatkan mereka semuanya.”

60. “Kecuali isterinya, kami telah putuskan bahawa sesungguhnya dia daripada orang yang tinggal binasa.”

61. Maka apabila utusan-utusan itu datang kepada kaum (Nabi) Lut,

62. Dia (Nabi) Lut berkata, “Sesungguhnya kamu suatu kaum yang tidak dikenali.”

63. Mereka menjawab, “Kami datang kepadamu dengan membawa azab yang mereka ragu-ragukan kebenarannya.”

64. Dan “kami bawakan kepadamu perkara yang benar. Sesungguhnya kami adalah orang yang benar (dalam perkhabaran ini).”

65. “Oleh itu, pergilah bawa keluargamu pada waktu malam serta ikutlah di belakang mereka dan janganlah seseorang pun antara kamu berpaling ke belakang. Pergilah terus ke arah yang diperintahkan kamu menujunya.”

66. Dan Kami wahyukan kepadanya (Nabi Lut) tentang kesudahan perkara itu, iaitu mereka akan dibinasakan pada waktu pagi sehingga mereka hancur binasa dan terputus keturunannya.

67. Dan datanglah penduduk bandar (kaum Nabi Lut) itu dengan gembira.

68. Dia (Nabi Lut) berkata, “Sesungguhnya mereka ini tetamuku, maka janganlah kamu memberi malu kepadaku.”

69. “Dan takutlah kamu kepada Allah, serta janganlah kamu membuat aku terhina.”

70. Mereka menjawab, “Bukankah kami telah melarangmu daripada menerima sebarang tetamu daripada orang ramai?”

English

52. When they presented themselves, before him and said: “Peace,” he replied: “Surely we are afraid of you.”

53. They said: “Be not afraid, surely we give you glad tidings of a son, possessing knowledge.”

54. He said: “Do you give me glad tidings in spite of the fact that old age has touched me? Of what then do you give me the glad tidings?”

55. They said: “We give you the glad tidings of something that is bound to come true, therefore be not of those who despair.”

56. He said: “And who despairs of the mercy of his Lord, except those who are astray?”

57. He (further) said: “What is your business, O Messengers?”

58. They said: “Surely we have been sent to a people (deep) in sin,

59. Excluding the family of Lut, all of whom we are most surely going to save,

60. Except his wife, we have decreed that she is surely one of those who remain behind.”

61. Then when the (same) Messengers came to the family of Lut,

62. He said: “Surely you are a people unknown (here).”

63. They said: “Indeed we have come to you with regard to that of which they doubt.

64. And we have brought you the certainty (of its fulfilment), and we most surely are truthful.

65. Therefore walk away with your family while there is a portion of the night left, and yourself follow in their rear, and let none of you look back, and go on where you are ordered to.”

66. And We delivered to him this decree, that the roots of these people
should be cut off by the morning.”

67. And the residents of the city came to him rejoicing.

68. He said: “Surely these are my guests, therefore disgrace me not.

69. And fear Allah, and put me not to shame.” 

70. They said: “Have we not forbidden you against entertaining strangers
(lit. people of the world)?”

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi