Halaman 541
Tarjuman
Bahasa Melayu
25. Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka kitab suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan. Kami juga telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang hebat dan pelbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatannya itu untuk) menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong rasul-rasul-Nya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya). Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.
26. Dan sesungguhnya Kami telah mengutus (Nabi) Nuh dan Ibrahim, dan Kami jadikan pada keturunan kedua-duanya orang yang berpangkat nabi dan menerima kitab-kitab. Maka sebahagian daripada mereka, orang yang beroleh hidayah dan kebanyakan mereka orang yang fasik.
27. Kemudian Kami susuli sesudah mereka, rasul-rasul Kami silih berganti, dan Kami susuli lagi dengan (Nabi) ‘Isa putera Maryam, serta Kami berikan kepadanya, Kitab Injil dan Kami jadikan dalam hati orang yang mengikutnya perasaan belas kasihan (sesama sendiri). (Perbuatan mereka beribadah secara) rahbaniyyah merekalah sahaja yang mengadakannya, padahal Kami tidak mewajibkannya kepada mereka tetapi (mereka berbuat demikian) kerana mencari keredhaan Allah. Dalam pada itu, mereka tidak menjaga dan memeliharanya menurut yang sewajibnya. Oleh itu, orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad) antara mereka, kami berikan pahalanya dan (sebaliknya) kebanyakan mereka adalah orang yang fasik.
28. Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada Rasul-Nya (Muhammad), supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian daripada rahmat-Nya dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya (pada hari kiamat kelak) serta diampunkannya dosa kamu. (Ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
29. (Ditetapkan pemberian yang demikian kepada kamu) supaya golongan ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani yang menentang Islam) mengetahui bahawa sesungguhnya mereka tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mendapat (atau menyekat) sesuatu daripada limpah kurniaan Allah, dan bahawa sesungguhnya limpah kurniaan itu terletak dalam kekuasaan Allah yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan (ingatlah) Allah jualah yang mempunyai limpah kurniaan yang besar.
English
25. Surely We have sent Our Messengers with clear proofs, and We have sent down with them the Book and the balance that men may keep up justice. And We have given (lit. sent down) iron in which there are great strength and uses for mankind, and in order that Allah may distinguish those who help Him and His Messengers, though unseen. Surely Allah is All-Strong, All-Mighty
26. And surely We sent Nuh and Ibrahim, and We placed in their offspring prophethood and the Book then some of them are guided, but most of them are disobedient.
27. Then We made (many) Messengers to follow their footsteps one after the other, and We followed them with ‘Isa, son of Maryam and We gave him the Gospel. And We placed love and mercy in the hearts of those who followed him. And as for monasticism, they invented it themselves, We did not prescribe for them anything except the seeking of Allah’s pleasure but they did not observe it as it should have been observed. Then We gave those of them, who believed, their reward, but most of them are disobedient.
28. O you who believe! Fear Allah, and believe in His Messenger He will give you two portions of His Mercy, and He will provide for you a light by which you will walk, and He will forgive you. And Allah is Often Forgiving, Most Merciful.
29. This is so in order that the People of the Book may know that they have no power over anything of the Grace of Allah, and that (His) Grace is (entirely) in His Hand, He bestows it upon whom He wills. And Allah is the Possessor of mighty grace.
Mandarin

Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul

