Al-Insyiqaq & Surah Al-Buruj-j30h590

Halaman 590

Tarjuman
Bahasa Melayu

25. Tetapi orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh balasan pahala yang tidak putus-putus.


1. Demi langit yang mempunyai kelompok bintang (iaitu bintang-bintang yang dua belas),

2. Dan demi hari (pembalasan) yang dijanjikan,

3. Dan demi yang hadir menyaksikan hari itu serta segala yang disaksikan.

4. Binasa dan celakalah kaum yang menggali parit.

5. (Parit) yang berapi yang penuh dengan bahan bakar.

6. (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya,

7. (Sambil) mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang yang beriman,

8. Dan mereka (orang yang menggali parit) tidak menyeksa orang mukmin itu melainkan kerana mereka itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa, lagi Maha Terpuji!

9. Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi. Dan (ingatlah) Allah sentiasa menyaksikan segala sesuatu.

10. Sesungguhnya orang yang mendatangkan bahaya (seksa, bunuh dan sebagainya) kepada orang lelaki dan wanita yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahanam dan mereka akan beroleh azab api yang kuat membakar.

11. Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.

12. Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang yang kufur ingkar) amatlah berat.

13. Sesungguhnya Dia-lah menciptakan (sekalian makhluk) pada mulanya dan mengembalikannya (hidup semula sesudah mati),

14. Dan Dia-lah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Pengasih.

15. Tuhan Yang mempunyai ‘Arasy yang tinggi kemuliaannya.

16. Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendaki-Nya.

17. Adakah sudah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal kaum-kaum yang menentang (rasul-rasul yang diutus kepada mereka)?

18. (laitu kaum) Firaun dan (kaum) Thamud.

19. Bahkan orang yang kafir itu terus tenggelam dalam keadaan mendustakan kebenaran.

20. Sedangkan Allah, mengepung mereka (dengan kekuasaan-Nya) dari belakang mereka.

21. (Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah al-Quran yang tertinggi kemuliaannya.

22. (Yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) dalam Lauh Mahfuz.

English

25. Except those who believe and do righteous deeds, for them is an endless reward. 


1. By the heaven, full of clusters of stars. 

2. And by the Promised Day (of Resurrection). 

3. And by the witness, and the witnessed.

4. Cursed be the people of the Ditch. 

5. The Fire fed with fuel. 

6. When they sat by it. 

7. And they had witnessed what they did to the believers. 

8. And they hated them for no other reason, except because they believed in Allah, the All-Mighty, the Praiseworthy.

9. To Whom belongs the kingdom of the heavens and the earth. And Allah is Witness over everything. 

10. Surely as for those who persecute believing men and believing women, and then turn not in repentance (to Allah), for them then is the punishment of Hell, and for them is the torment of burning. 

11. Surely as for those who believed and did righteous deeds, for them are Gardens beneath which rivers flow. This is the great attainment. 

12. Most surely the punishment of your Lord is severe. 

13. Surely He it is Who starts creation and He who repeats it. 

14. And He is Often Forgiving, Most Loving, 

15. Lord of the glorious Throne, 

16. Absolute Doer of what He wills. 

17. Has the story of the hosts reached you, 

18. Of Pharaoh and Thamud? 

19. No, but those who disbelieve live in denial. 

20. And Allah encompasses them on all sides. 

21. No, it is a Glorious Qur’an,

22. (Inscribed) in a well-guarded tablet (Al-Lauh Al-Mahfuz).

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Khulasah Al-Quran