Surah Al-Anbiya’-j17h327

Halaman 327

Tarjuman
Bahasa Melayu

58. Lalu dia memecahkan berhala semuanya hancur berketul-ketul, kecuali sebuah berhala mereka yang besar (dibiarkannya), supaya mereka kembali (menanyakan) kepadanya.

59. (Setelah melihat kejadian itu) mereka bertanya, “Siapakah yang melakukan perbuatan yang demikian terhadap tuhan-tuhan kami? Sesungguhnya dia adalah daripada orang yang zalim.”

60. (Sebahagian daripada) mereka berkata, “Kami ada mendengar seorang anak muda bernama Ibrahim, mencacinya.”

61. (Ketua-ketua) mereka berkata, “Jika demikian, bawalah dia ke hadapan orang ramai supaya mereka menyaksikan (tindakan terhadapnya).”

62. (Setelah dia dibawa ke situ) mereka bertanya, “Engkaukah yang melakukan demikian kepada tuhan-tuhan kami, wahai Ibrahim?”

63. Dia menjawab, “(Tidak) bahkan yang melakukannya ialah (berhala) yang besar antara mereka ini! Maka hendaklah kamu bertanya kepada mereka kalau-kalau mereka dapat berkata-kata.”

64. Maka mereka (penyembah berhala) kembali kepada diri mereka (menyedari hal itu) lalu berkata (sesama sendiri), “Sesungguhnya kamu sendirilah orang yang zalim.”

65. Kemudian mereka menundukkan kepala, lalu berkata, “Sesungguhnya engkau (wahai Ibrahim), telah sedia mengetahui bahawa berhala-berhala itu tidak dapat berkata-kata (maka kenapa engkau menyuruh kami bertanya kepadanya)?”

66. (Nabi Ibrahim) berkata, “Jika demikian, patutkah kamu menyembah yang lain daripada Allah sesuatu yang tidak dapat mendatangkan faedah sedikit pun kepada kamu, dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kamu?”

67. “Ah (celakalah) kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah! Maka, mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal fikiran kamu?”

68. (Setelah tidak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata, “Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu, jika kamu benar-benar mahu bertindak (menolong tuhan-tuhan kalian)!”

69. Kami berfirman, “Wahai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!”

70. Mereka (dengan perbuatan membakarnya itu) hendak melakukan sesuatu yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang yang amat rugi, (kalah dengan hinanya).

71. Dan Kami selamatkan dia dan (anak saudaranya, Nabi) Lut ke negeri yang Kami limpahkan berkat padanya untuk umat manusia.

72. Dan Kami kurniakan kepadanya, Ishak (anaknya), dan Yaakub (cucunya) sebagai tambahan, dan tiap-tiap seorang (daripada mereka) Kami jadikan orang yang soleh.

English

58. Then he broke them into pieces except the biggest of them, that they might return to it.

59. They said: “Who has done this to our gods? Surely he is of the wrongdoers.” 

60. (Some) said: “We have heard a young man called Ibrahim mentioning them.” 

61. They said: “Then bring him before the eyes of the people, perhaps they may bear witness.” 

62. They said: “O Ibrahim! Is it you who has done this to our gods?” 

63. (Ibrahim) said: “Nay, the one did it it is the biggest, ask them then if they can speak.” 

64. Then they turned to themselves and said: “Surely you yourselves are the wrongdoers,” 

65. Then they turned to themselves thinking (and said): “Surely you know that these speak not.” 

66. (Ibrahim) said: “Do you then worship besides Allah that which cannot profit you at all, nor harm you? 

67. Fie on you, and on those you worship besides Allah, do you not then understand?” 

68. They said: “Burn him and help your gods, if you are going to do (anything).” 

69. We said: “O fire! Be cold and safe for Ibrahim.”

70. And they desired to harm him, but We made them to be the losers. 

71. And We saved him and Lut to the land in which We have blessed for the people of the world. 

72. And We gave him Ishaq (son) and Ya‘qub as a grandson. And We made (them) all righteous. 

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi