Surah Al-Furqan-j19h366

Halaman 366

Tarjuman
Bahasa Melayu

68. Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain di samping Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah untuk membunuhnya kecuali dengan jalan yang haq (yang dibenarkan oleh syara’), serta tidak pula berzina. Sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya,

69. Akan digandakan baginya azab pada hari kiamat, dan dia pula akan kekal dalam azab itu dengan menerima kehinaan,

70. Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka mereka itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan. Adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

71. Sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) dia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat.

72. Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang tidak memberikan persaksian palsu (dusta), dan orang yang apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya sahaja (tanpa tertarik) sambil menjaga kehormatan diri.

73. Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya seumpama orang yang pekak dan buta.

74. Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang) yang berdoa dengan berkata, “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan zuriat keturunan kami sebagai penenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin ikutan bagi orang yang bertakwa.”

75. Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan serta ucapan selamat (daripada malaikat) di dalamnya,

76. Mereka kekal di dalam syurga itu. Syurga itu menjadi sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman.

77. Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar), “Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak adanya doa (ibadah) kamu kepada-Nya. (Tetapi bagaimana kamu hendak beribadah kepada-Nya), sedangkan kamu telah benar-benar mendustakan-Nya. Kerana itu, sudah tentu balasan azab akan menimpa kamu.”

English

68. And those who call not upon any other god with Allah, nor kill any soul which Allah has forbidden except for just cause, nor commit adultery and whoever does this shall meet the punishment (of his sin).

69. Doubled shall be his torment on the Day of Resurrection, and he will abide therein disgraced. 

70. Except him who repents, and believes, and does good deeds, for as to these, Allah will change their evil deeds into good deeds, for Allah is Often Forgiving, Most Merciful. 

71. And he who repents and does good, has indeed turned to Allah with true repentance. 

72. And those who bear not false witness, and when they pass by an idle talk, they pass on with dignity. 

73. And those who, when they are reminded of the signs of their Lord, do not fall deaf and blind thereat. 

74. And those who say: “Our Lord! Grant us out of our wives and our offspring that comfort of our eyes, and make us leaders of the pious.” 

75. These shall be rewarded with the highest place (in heaven), because of their patience, and they shall be met therein with goodly greating and peace, 

76. Abiding therein excellent, it is as an abode, and as a place to dwell. 

77. Say (O Muhammad to the disbelievers): “My Lord would not care for you were it not for your calling (upon Him). But now you have surely rejected (Him), so (the torment) will be yours forever.” 

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul