Halaman 296
Tarjuman
Bahasa Melayu
21. Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka (kepada orang ramai) supaya mereka mengetahui bahawa janji Allah (menghidupkan semula orang mati) adalah benar dan bahawa hari kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya. (Pendedahan itu berlaku) semasa mereka saling berbantah sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula orang mati. Maka (sebahagian daripada) mereka berkata, “Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah yang lebih mengetahui akan hal ehwal mereka.” Orang yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata, “Sebenarnya kami hendak membina sebuah masjid (di sisi gua mereka).”
22. (Sebahagian daripada) mereka (pada zaman Nabi Muhammad) akan berkata, “Bilangan Ashabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka,” dan setengahnya pula berkata, “(Bilangan mereka) lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka” secara teraba-raba dalam gelap (meneka) akan sesuatu yang tidak diketahui, dan setengahnya yang lain berkata, “(Bilangan mereka) tujuh orang, yang kelapannya ialah anjing mereka.” Katakanlah (wahai Muhammad), “Tuhanku lebih mengetahui bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit.” Oleh itu, janganlah engkau berbahas (dengan sesiapa pun) mengenai mereka melainkan dengan perbahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya dalam al-Quran), dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorang pun daripada golongan (yang membincangkannya).
23. Dan janganlah sekali-kali engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan), “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu pada esok hari.”
24. Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata), “Insya-Allah.” Dan ingatlah serta sebutkan akan Tuhanmu jika engkau lupa dan katakanlah, “Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang daripada ini.”
25. Dan mereka telah tertidur di dalam gua mereka selama tiga ratus tahun (dengan kiraan Ahli Kitab), dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu).
26. Katakanlah (wahai Muhammad), “Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur. Bagi-Nya (ilmu pengetahuan) segala rahsia langit dan bumi. Alangkah terang penglihatan-Nya dan alangkah tajam pendengaran-Nya (terhadap segala-galanya). Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripada-Nya dan Dia tidak menjadikan sesiapa pun masuk campur dalam keputusan-Nya.”
27. Dan bacalah (serta turutlah) apa yang diwahyukan kepadamu daripada Kitab Tuhanmu. Tiada sesiapa yang dapat mengubah kalimah-kalimah-Nya. Dan engkau sekali-kali tidak akan mendapat tempat perlindungan selain daripada-Nya.
English
21. And thus We disclosed their news, so that they (the people) might know that the promise of Allah is true, and that as for the Hour there is no doubt about it. (Remember) when they disputed among themselves about their affair, then they said: “Erect a building over them.” Their Lord knows them best. Those who prevailed in their affair said: “Surely we will build a place of worship over them.”
22. (Some) will say: “They were three, the fourth of them was their dog,” and others will say: “Five, the sixth of them was their dog,” guessing at something of which they have no knowledge, (yet others) will say: “Seven, and the eight of them was their dog.” Say: “My Lord knows best their number, none knows them but a few.” Then dispute not about them without an obvious argument, nor ask else’s opinion about them.
23. And do not say in respect of anything: “Surely I am going to do this tomorrow,”
24. Without saying, “Unless Allah wills.” And remember your Lord whenever you forget, and say: “It may be that my Lord will guide me to a way nearer to the right path than this.”
25. And they stayed (slept) in their cave three hundred years and add nine.
26. Say: “Allah knows best how long they remained sleeping. To Him belongs the secret of the heavens and the earth, how clearly He sees, and how clearly He hears! They have no protector besides Him and He does not let anyone share His decision.”
27. And recite to them what is revealed to you of the Book of your Lord. There is none who can change His word, and you will not find besides Him any hiding-place.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

