Halaman 260
Tarjuman
Bahasa Melayu
34. Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian daripada segala yang kamu mohonkan kepada-Nya. Jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidaklah dapat kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat zalim (menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya) lagi sangat kufur (tidak mensyukuri nikmat Tuhannya).
35. Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata, “Wahai Tuhanku! Jadikanlah negeri Makkah ini negeri yang aman, dan jauhkanlah aku dan anak-anakku daripada perbuatan menyembah berhala.”
36. “Wahai Tuhanku, berhala-berhala itu telah menyebabkan kesesatan ramai umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang mengikutku (Islam yang menjadi peganganku) maka dia adalah daripada golonganku, dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi agamaku), maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (sekiranya dia insaf dan bertaubat).”
37. “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian daripada zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak bertanaman, di sisi rumah-Mu yang dihormati. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan solat. Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian daripada manusia cenderung kepada mereka (datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka daripada pelbagai jenis buah-buahan (dan hasil tanaman), semoga mereka bersyukur.”
38. “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan. Tiada sesuatu pun yang tersembunyi bagi Allah sama ada di bumi atau di langit.”
39. “Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kepadaku semasa aku telah lanjut usia, (Nabi) Ismail dan (Nabi) Ishak. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mendengar (dan Memperkenan) doa permohonan.”
40. “Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”
41. “Wahai Tuhan kami! Berilah keampunan bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.”
42. Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai daripada apa yang dilakukan oleh orang yang zalim. Sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pandangan mereka (kerana ngeri melihat pemandangan yang berlaku).
English
34. And He gives on of everything that you ask Him for and if you were to count the favours of Allah, you will not be able to number them. Surely man is very unjust, ungrateful.
35. And (remember) when Ibrahim said: “My Lord! Make this city peaceful and save me and my sons from worshipping idols.
36. My Lord! Surely they have caused a large number of men to stray, then whoever follows me, he is therefore of me, and whoever disobeys me, then You are surely Often Forgiving, Most Merciful.
37. Our Lord! Surely I have settled some of my offspring in this valley which is without any vegetation, near Your Sacred House, Our Lord! That they may establish prayer, therefore make the hearts of some people yearn towards them, and provide them with some fruits so that they may be thankful.
38. Our Lord! Surely You know what we hide and what we reveal, and there is nothing whatsoever hidden from Allah either on the earth or in the heaven.
39. All praise is due to Allah who has given me, in spite of my old age, Isma‘il and Ishaq. Most surely my Lord hears (the) prayer.
40. My Lord! Make me steadfast in prayers and of my offspring. Our Lord! And accept my prayer.
41. Our Lord! Forgive me and my parents and the believers on the day of the Reckoning.”
42. And do not think that Allah is unaware of what the wrongdoers do. He only gives them respite till a day where the eyes will stare in horror.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

