Halaman 218
Tarjuman
Bahasa Melayu
79. Dan Firaun berkata (kepada orangnya), “Bawalah kamu kepadaku sekalian ahli sihir yang mahir.”
80. Setelah ahli-ahli sihir itu tiba, (Nabi) Musa berkata kepada mereka, “Lemparkanlah dahulu apa yang kamu hendak lemparkan.”
81. Setelah mereka melemparkan (benda-benda itu, Nabi ) Musa berkata, “Apa yang kamu datangkan itu adalah sihir. Sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakan-Nya kepadaku).” Sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang yang melakukan kerosakan.
82. Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah-Nya (ketetapan perintah-Nya), walaupun yang demikian dibenci oleh orang yang melakukan dosa.
83. Maka tiadalah yang beriman kepada (Nabi) Musa melainkan sebilangan kecil daripada keturunan kaumnya dalam keadaan takut kepada Firaun dan ketua-ketua kaum mereka yang akan menyeksa mereka. Sesungguhnya Firaun bermaharajalela di bumi. Sebenarnya dia termasuk orang yang melampaui batas.
84. Dan (Nabi) Musa pula berkata (kepada kaumnya), “Wahai kaumku! Jika kamu beriman kepada Allah, maka hendaklah kamu bertawakal kepada-Nya jika kamu benar-benar orang Islam (yang berserah diri kepada Allah).”
85. Lalu mereka berkata, “Kepada Allah jualah kami bertawakal. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zalim.
86. Dan selamatkanlah kami dengan rahmat-Mu daripada angkara kaum yang kafir.”
87. (Setelah itu), Kami mewahyukan kepada (Nabi) Musa serta saudaranya (Nabi Harun), “Hendaklah kamu berdua mendirikan beberapa buah rumah di Mesir untuk menempatkan kaum kamu, dan jadikanlah rumah-rumah kamu sebagai kiblat (tempat bersolat) dan dirikanlah solat di dalamnya, serta sampaikanlah berita gembira kepada orang yang beriman (bahawa mereka akan diselamatkan daripada kezaliman Firaun dan kaumnya).”
88. Dan (Nabi) Musa pula (merayu dengan) berkata, “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau telah memberikan kepada Firaun dan ketua-ketua kaumnya barang perhiasan dan harta benda yang mewah dalam kehidupan dunia ini. Wahai Tuhan kami! Akibatnya, mereka menyesatkan (manusia) dari jalan-Mu. Wahai Tuhan kami! Binasakanlah harta benda mereka dan kunci matilah hati mereka (sehingga menjadi keras membatu), maka dengan itu mereka tidak akan dapat beriman sehingga mereka melihat azab yang pedih.”
English
79. And Pharaoh said: “Bring before me every expert sorcerer.”
80. So when the sorcerers had come, Musa said to them: “Cast down what you are going to cast down.”
81. But when they had cast down, Musa said: “What you had brought is sorcery. Surely Allah is going to nullify it. Surely Allah does not rectify the doing of the evil doers.”
82. And Allah establishes the truth by means of His words, though the sinners may be averse (to it).
83. But none believed in Musa except some youths of his people, for fear of Pharaoh and his chiefs persecuting them. And most certainly Pharaoh
was high-handed in the land, and he was surely of those who transgressed all bounds.
84. And Musa said: “O my people! If you believe in Allah, then in Him put your trust, if you are Muslims.”
85. Therefore they said: “In Allah do we trust. Our Lord! Put us not under the persecution of the wrongdoing people.
86. And save us with Your Mercy from this unbelieving people.”
87. And We ordered Musa and his brother, saying: “Establish for your people houses in Egypt, and make your houses places of worship and observe prayer, and give glad tidings to the believers.”
88. And Musa said: “Our Lord! Surely you have given Pharaoh and his chiefs fair-seeming things and wealth in the life of this world. Our Lord! The result is that they lead people astray from Your way. Our Lord! Wipe away their wealth and put hardness in their hearts, so that they believe not until they see the painful torment.”
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

